Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, December 24, 2008

harapan palsu


Hmmmmm...... kenapa manusia suka mengambil kesempatan keatas insan yang kesepian?KENAPA! yang dulu kata-kata yang amat manis bagi diriku kini menjadi racun :( perjalanan memulihkan perasaanku yang dulu pernah kecewa dengan kata-kata manis layanan mesra hanya la drama semata-mata. Setiap insan di atas muka bumi ini ada kekurang masing-masing jadi jangan padang kekurangan pada diri orang lain. Terima hakikat yang sebenar.

Aku pun tidak boleh bertahan dengan alam rekaan minda ku yang berpandukan perasaan, setiap kali ku melangkah keluar pasti ada yang akan mengambil kesempatan atas diri ini. Aku kena sedar apa yang berlaku di sekitar diriku dan aku kena tanggung akibatnya di atas perlakuan diriku sendiri.

Masa tidak akan berhenti dan menunggu aku, walau apa pun yang berlaku aku kena hidup dengan aman di atas muka bumi ini, jangan letak harapan pada sesuatu yang tiadk pasti dulu kata-kata ini pernah ku lafaskan pada rakan-rakan yang sering di kecewakan dan kecundang dalam percintaan kini baruku sedar bertapa sukarnya untuk menjalani hari-hari duka ku, bertambah malang lagi dipertegahan jalanku, aku terpaksa tempuh pelbagai rintangan seorang diri hanya bertemankan saki-baki duka ku.

Diri ini bertamabah malang lagi pabila perasaan ini dipermainkan hanya untuk memuaskan persaan diri sendiri "engkau ingat aku ni xde perasaan ke ?"dulu katanya lagu denting yang diyanyikan oleh melly khas buat ku yang berada jauh, demi kebaikan diri lebih baik aku membawa hati yang duka ini tanpa di sayangi. Mungkin dah nasibku hanya dijadikan untuk dipermaikan dan sebagai boneka bagi meraka.............;...(

Monday, December 22, 2008

sang pria


Hidup ini memang sukar bagi org yang di kecewakan, ditipu , ditinggalkan dan di permainkan oleh manusai yang hanya pandai mengambil kesempatan di atas kebaikan dan kejujuran seorg insan dengan manis kata-kata dan layana yg baik itu hanya la drama semata-mata sehingga apa yang di hajati telah dapat. Apa erti cinta kalu tiada suka dan duka, apa erti kasih sayang jika tiada hubungan? Manusia zamam sekarang kena berhati-hati tidak boleh tunjukkan terlalu sayang dalam percintaan dan kejujuran dan persahabatan pasti ada yang akan mengambil ruang untuk kesempatan diri sendiri semata-mata memuaskan hati.

Rasa yang m'dalam si sudut hati bagikan ditikam, marah, sedih, tidak puasa hati, perasaan ini bercampurbaur kenapa aku diperlakukan sebegini? kesedihan di sebalik raut wajahku yang ceria ia hanya sebagai topeng bukan untuk menjadi hipokrik tapi membawa diri biar tiada siapa yang tahu. Agar tidak merusingkan orang lain.

Aku membawa diri di tegah-tegah kesibukan warga kota yang banyak m'habiskan masa ditempat kerja aku cuba untuk bersosial dan menyibukkan diri agar tidak terlalu melayan perasaan yang tertipu ini. Kini baru ku sedar kenapa ada yang sanggup mengambil jalan mudah setelah mereka hadapi perasaan seperti ku ada yang tidak berfikir panjang mereka meleyapkan diri dari dunia ini, ada yang mengambil benda2 haram semata-mata menhilang perasaan kecewa dan ada yang mencari cinta yang 'berbeza' agar ada yang lebih memahami diri.

Pada saat ini aku perlukan sesorng untuk mengadu tapi perasaanku menyatakan jangan terlalu mudah untuk percayai orang, biar la hanya aku saja yang membawa diri ;( mungkin ini permulaan bagi diri ku, engkau tahu la nati bila nasib ni kena balik pada diri sendiri masa tu x sedap duduk nasib baik aku pandai cover n tahun terapi terbaik untuk diri aku

Monday, December 15, 2008

Semiggu pagi yg indah


Jarum pendek pada jam menujukkan pada angka 6, cahaya matahari melinpah di ruang tidur ku dari jendela di sisi ku terbujur satu tubuh seorg kanak2 lelaki wajahnya tersenyum pada ku membuat permulaan hari ku yang ceria dan indah.

Sudah lama aku tidak merasakan saat-saat seperti ini, belum sempat tubuh ku beralih dari tempat tidurku sudah ada suara-suara yang menyebut nama ku dan memanggil aku rasa diriku seperti orang penting.

Pagi yang indah di simbahi cahaya mentari seperti tahu apa kemahuan ku, aku menikmati alam semulajadi di tepi laut yang terbentang luas di hadapanku nelayan memulakan rutin harian mereka. Di persisiran laut terdampar hidupan laut 2ekor obor-obor yang sudah tidak bernyawa lagi kelihatan dan ketam merayap di atas pasir laut.

Sesekali anak mataku terpandang pada plantar yang berada jauh di tengah laut kelihatan agak kecil, hati ku seperti melayang dibawa bayu laut rasa kekosongan kini rasa agak terubat dengan menikmati keindahan alam yang dicipta oleh yang maha Esa. Hati kecil berkata ” kalu la hari-hari aku dapat menikmati suasana seperti ini amat indah dan ditemani orng yang ku sayangi”. Sekurang-kurangnya terubat juga la kesuyian di hati ini, bagi ku apa yang terbaik untuk melayan jiwa yang kosong adalah menikmati keindahan alam bersendirian.

Kini setiap saat ku tidak lagi keseorangan dan diri ini menjadi tumpuan, melangkah sahaja kakiku keluar rumah ada saja suara2 yang mengusik aku hidup ini mula berubah aku berharap ia akan berterusan. Aku tersandar pada kerusi yang di perbuat dari kayu membuat tubuhku begitu selesa bimbitku berbunyi aku terima mms dari orang yang agak penting dalam hidupku wajahnya dan lagak tubuhnya membuat aku terseyum sendiri dan ditambah lagi dengan text yang membuat hari itu bertambah2 ceria.

Selalunya setiap hari akan ada sekurang2nya 1mms akan di hantar padaku walupun kini kami dipisahkan dengan lautan dan keordinat yang berbeza tapi hatinya tetap dekat dengan ku. Jam ditangan sudah menunjukkan 5.30p.m kedaan mula gelap suhu berubah keadaan disini amat berbeza dengan kediaman ku…..

Sunday, November 23, 2008

hati dicuri



Mhhh.... lama dah rasa nya tak update blog ni, tak tau apa kerja yg sibuk sangat sampai xde masa nak jenguk blog.
aku terduduk sebentar dan berfikir sejenak, apa la nak jadi dgn aku ni.
bimbit aku berbunyi nada guitar yg telah aku setkan.
1 mms di hantar pada ku no macam kenal, lantas ku m'lihatnya Ha!! perasaanku mula berubah bercampur baur terkejut, terharu, gembira di sudut hati kecil yg dulu nya seperti dihuni sawang, seperti rumah usang kini mula berdegup pantas apakah perasaan ini?
Ku seperti di beri jiwa yang baru hidup ku mula berubah kalu dulunya sentiasa sedih seperti awan yang gelap, kini ia seperti terbit mentari dan pelangi, dia telah memberi sinar baru pada ku wajah nya bersih di selitkan dengan seyuman wah indah nya dunia ni. Mms yang tadi tertulis intro memaparkan usia nya walaupun 4 tahun lebih tua dari aku tapi bagi ku umur bukan penghalang buat ku dan si dia yang mix chibaba+pinoy(org filipina) tapi seagam dng ku dan ciri2 yg ku hajat2kan.
Tak sia-sia aku selama ini menunggu akhir nya berhasil, walaupun kami berjauhan hati kami tetap dekat mcm TV 9 tu hihihihi....
Tapi nak cari yang mix punya la payah nasib baik la aku dapat sorng dah la cun lak tu buat masa ni hanya kami yang tahu perhubungan kami... akan bersambung kalau ada masa

Monday, November 17, 2008

KeMuRuNgAn


Apakah itu kemurungan?
Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun.
Ini akan menjejaskan kehidupan harian individu tersebut, termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraannya.
Sekiranya tidak ditangani secara efektif, ianya boleh mendorong kepada tindakan membunuh diri.


Mengapa seseorang mengalami kemurungan?
Sebab-sebab terjadinya kemurungan termasuklah:
Kemurungan boleh berlaku di dalam keluarga
Peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan
Contoh: Kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa, tiada teman atau kawan, sentiasa keseoranggan.
Penyakit kronik
Contoh: Epilepsi (Sawan), asma dan kanser
Ciri-ciri peribadi
Penyalahgunaan dadah
Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Contoh: Steroid, ubat cegah kanser

Bagaimana mengenal pasti seseorang mengalami kemurungan?
Ciri-ciri kemurungan termasuklah:
Sentiasa sedih dan menangis
Mudah tersinggung
Tidak bermaya
Tidak berupaya untuk menikmati aktiviti-aktiviti kegemaran
Rasa bersalah yang tidak menentu

sering m'nonton tv
Sakit - sakit badan
Kehilangan fungsi tubuh yang tidak boleh diperjelaskan
Contoh: Sentiasa mengalami sakit kepala, letih atau sakit perut
Mengasingkan diri daripada sahabat dan keluarga
Cubaan untuk mencederakan diri sendiri dan membunuh diri

Bagaimana membantu seseorang yang mengalami masalah kemurungan?
Antara langkah-langkah yang boleh diambil termasuklah:
Menggalakkan individu tersebut untuk berbual dengan orang yang beliau percaya, seperti
Ibu bapa
Ahli keluarga yang dipercayai
Kaunselor sekolah
Guru agama


Jadilah sahabat yang sentiasa memberi sokongan
Mendengar
Menghibur hati
Menasihati


ATAU
Memberi cadangan untuk mendapatkan bantuan daripada individu yang lebih berkelayakan:
Doktor
Ahli Psikologi
Pakar Psikiatri
"Minta pertolongan adalah langkah pertama untuk mengatasi masalah kemurungan"
Apakah yang akan berlaku sekiranya tiada bantuan diberikan?
Terdapat banyak keburukan apabila kemurungan tidak ditangani. Ini termasuklah:
Kesan ke atas fizikal. Contoh:
Masalah kurang berat badan atau masalah kegemukan
Gangguan kitaran haid
Anemia
Kesan ke atas Psikologi. Contoh:
Perasaan rendah diri
Risiko untuk bunuh diri
Kesan ke atas sosial. Contoh :
Pencapaian sekolah yang lemah
Ponteng
Penyalahgunaan dadah atau minuman keras

Di manakah seseorang boleh mendapatkan bantuan?
Pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Minta pertolongan adalah langkah pertama untuk mengatasi masalah kemurungan"

rakan n keluarga juga perlu mainkan peranan yg ptng.

Friday, November 14, 2008

ReKrUt


Ha.... hari ni aku nak cer psl aku rekrut hari tu kenagn plng best walaupun pada sestgh org ia ada 1 kesusahan but 4 me is ok...;) kita org dlm latihan selama 1 bln part plng aku suka ialah semggu seblm tamat latihan.
Aku tls ni pun d sebabkan permintaan rakan2 nak sngt tau cer aku mcm ne best ke join tu, so dah ramai sangt tanya aku pun t'niat la nak tulis cer ni.
Hari pertama ok la coz mula masuk 'akademik' blh d katakn bgtu la, biasa la mula msk dftr, bagi2 kompeni, cari blk kemas2 lebih kurang mcm aku join PLKN hari tu kat tasik chini cuma bezanya kat PLKN aku free 1 mggu. tapi kat akademik setgh hari je. pic kat atas ni hari kedua terakhir kami semua ni kompeni aku kalu korng dpt cari aku, cari la. kita orng semua lebih kurang seratu lebih, kita org campr laki nga pompuan tiap2 hari schedule kami akan bertukar tapi masa tetap sama bagun seblm azan subuh selesai solat kami akan b'baris tu baca ikra, nyanyi lagu bkn kat akademik fantasia je ada nyanyi2 ni. setiap hari orng yg berbeza2 yg akan di tugaskan tak kira laki or perempuan, selulanya akan lebih awal 5 minit siapa lmbt mcm biasa la coz kat sini bkn nya tadika, tindakan yg akan di ambil terpulang pada yg bertugas. setiap hari akan ada yg kena tegur, dah selesai semua n m'lapor kami akan ikut kompeni yg d beri.
Sesi PT pagi kami akan jogin sejauh 2.4 km selalunya setipa pagi itu pun bergantung pada jurulatih yg kendalikan kami seblm m'nuggu jurulatih PT yg telah di latih abis je PT time tuk mkm biasa nya air mesti air panas x kira la sirap ke oren ke milo ke mst panas. makan pun kena la laju nak keja masa kalu llmbt biasa la.
Lepas ni adalah sesi kuliah pulak pakain smart. mandi pun ala kadar je lagi pun bilik air ada 1 kongsi 6org hari 1-2 biasa je lagi........ akn bersmbng.

Wednesday, November 12, 2008

GeGriL


Kata pujangga perempuan bagaikan angin lembutnya melenakan ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun,teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

Apa eRti CiNtA





semua orng tahu tentang cinta termasuk la bdk seklh rendah tapi benar2kah anda m’hami apa itu cinta?? tepuk dada tanya la hati dan akal fikiran anda.
cinta jika ikut nafsu memang rosak la jwb nya betul kata orng cinta itu buta jika ikut kan nafsu dan perasaan memang lah buta cinta itu. ia boleh d celik kan. sebut pasal cinta buta ini apa kes kalu suka pada laki orng ?? sudah d nyatakan bahawa stp insan d lahirkan berpasang2 jadi jangan ambil hak orng ya la kalu x bertepuk sebelah tangan bkn nak slhkan sesiapa apa2 hal cube selidik dulu. aku cer ni berkisah kan sahabat aku yg kahwin awal, pada kaum adam termasuklah diri aku jika ingin m’menuhkan kolum pikir dl manpukah?adakah bersifat adil?adakah nafkah d tanggun sepenuhnya oleh anda?atau d bantu oleh orng tersayang(isteri). aku ada dng r 1 cer tapi aku pun x berapa ingat pasal adil, ada seorng hamba hendak d hukum tapi ia m’pertikaikan lantas m’libatkan ayahnya ia m’yatakan bwh bkn salah dia tapi salh ayahnya ayah m’banth lalu berkata ‘apa salh ku aku tlh mbesarkan kau tampa bayarn pun yg ku mintak’ tapi anak berkata adakh kamu bersikap adil ? ayah terdiam anak terus berkata2 ‘ adakah kamu m’beri ku didikan? jika ya tidaklah aku jadi begini’…….. aku ada dgnr kata2 ni ‘berpoligami adalah sesuatu di benarkan dalam islam tapi tidak digalakkan, ia adalah untuk m’yelesaikan masalah bukan nya m’nimbulkan masalh’ jadi kepada sesiapa fikir2 la dl kalu nak buat sesuatu.
kepada pembaca yg payah sikit nak paham cube cube anda letak kan diri anda dlm situasi tu pasti anda pun x selesakan? cube hak anda di ganggu pasti anda hagin 1 badankan itu baru diganggu cube kalu di rampas ini off coz meletup kalah gosip artis sebnarnya kalu nak cer pasal cinta memang x abis kalu ada masa i akan update lagi
akhir kata fikir seblm lakukan sesuatu, kalu x fikir psl diri anda fikir la pasal orng yg tersayang terutama fmly

Saturday, November 8, 2008

cinta is love



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul
supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka.
…tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun
dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya
dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda
bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak,
pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
satu jam untuk menyukai seseorang,
satu hari untuk menyintai seseorang
tetapi ia
mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Bercinta memang mudah.
Untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum bahagia…..