Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, December 15, 2008

Semiggu pagi yg indah


Jarum pendek pada jam menujukkan pada angka 6, cahaya matahari melinpah di ruang tidur ku dari jendela di sisi ku terbujur satu tubuh seorg kanak2 lelaki wajahnya tersenyum pada ku membuat permulaan hari ku yang ceria dan indah.

Sudah lama aku tidak merasakan saat-saat seperti ini, belum sempat tubuh ku beralih dari tempat tidurku sudah ada suara-suara yang menyebut nama ku dan memanggil aku rasa diriku seperti orang penting.

Pagi yang indah di simbahi cahaya mentari seperti tahu apa kemahuan ku, aku menikmati alam semulajadi di tepi laut yang terbentang luas di hadapanku nelayan memulakan rutin harian mereka. Di persisiran laut terdampar hidupan laut 2ekor obor-obor yang sudah tidak bernyawa lagi kelihatan dan ketam merayap di atas pasir laut.

Sesekali anak mataku terpandang pada plantar yang berada jauh di tengah laut kelihatan agak kecil, hati ku seperti melayang dibawa bayu laut rasa kekosongan kini rasa agak terubat dengan menikmati keindahan alam yang dicipta oleh yang maha Esa. Hati kecil berkata ” kalu la hari-hari aku dapat menikmati suasana seperti ini amat indah dan ditemani orng yang ku sayangi”. Sekurang-kurangnya terubat juga la kesuyian di hati ini, bagi ku apa yang terbaik untuk melayan jiwa yang kosong adalah menikmati keindahan alam bersendirian.

Kini setiap saat ku tidak lagi keseorangan dan diri ini menjadi tumpuan, melangkah sahaja kakiku keluar rumah ada saja suara2 yang mengusik aku hidup ini mula berubah aku berharap ia akan berterusan. Aku tersandar pada kerusi yang di perbuat dari kayu membuat tubuhku begitu selesa bimbitku berbunyi aku terima mms dari orang yang agak penting dalam hidupku wajahnya dan lagak tubuhnya membuat aku terseyum sendiri dan ditambah lagi dengan text yang membuat hari itu bertambah2 ceria.

Selalunya setiap hari akan ada sekurang2nya 1mms akan di hantar padaku walupun kini kami dipisahkan dengan lautan dan keordinat yang berbeza tapi hatinya tetap dekat dengan ku. Jam ditangan sudah menunjukkan 5.30p.m kedaan mula gelap suhu berubah keadaan disini amat berbeza dengan kediaman ku…..

No comments: