Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, January 14, 2009

Risau sangat



Dulu apabila dia kata nak balik ke kg aku tidak begitu risau, tapi kini setelah mendengar cerita bertapa baiknya hubungan” DIA” dengan ahli keluarga dia aku menjadi amat begitu berat hati untuk membenarkan dia pulang.
Kata si dia “DIA” selalu datang bertandang kerumah dia, bertapa akrab perhubungan “DIA” dengan keluarga si dia jika “DIA” sakit keluarga si dia akan datang melawat, perasaan cemburu itu semakin membuak-buak apabila mendengar cerita itu.
Aku ni pendatang baru dalam hidup si dia entah la sama ada si dia dapat menerima aku dengan seadanya. Aku takut akan ditinggalkan dek kerana aku ini kurang bersosial, kurang bercakap dengan orang nak-nak lagi kalau baru kenal.
Apa la respon family dia kalu aku ikut pulang ke kg dia? Hm….. takutnya unutk meniti saat-saat tampa si dia di sisi aku. Aku kini m’hitung hari untuk bersua dengan si dia, tapi bila? Sayang beri la aku waktu untuk menyelami lubuk hati mu dan mengambil hati orang-orang yang penting dalam hidup mu.
Kau telah memberi sinar dalam hidup ku yang baru dan belajar untuk menerima kelemahan diri ini, jangan biarkan aku berjalan bersendirian pimpim la tangan aku untuk selamanya biar pun aku dapat berdiri tapi aku perlu sinar dari mu.
Jika kau tidak dapat memlihat biar aku yang menjadi matamu sayang, jika engkau tidak dapat berjalan biar aku jadi kaki mu sayang, jika jantung mu tidak lagi berdegup aku snaggup berkongsi jantung dengan mu walaupun sepanjang hayatku, kehadiran mu bagai mentari yang m’nerangngi hidup ku hidup ku yang dulu sentiasa mendung.
Adakah aku ini terlalu mengikut perasaan????









“DIA” yang aku maksudkan adalah x si dia
Si dia adalah kekasih hati ku

No comments: