Wednesday, July 8, 2009
Tanda-Tanda Kita bUdak Lahir taHun 80-an
Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:
kita membesar dgn menonton G-Force,
Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks
n Mickey Mouse.
Not to forget Ninja Turtles, Mask,
Smurfs dan Voltron.
berus gigi time waktu rehat kat skolah
rendah?...hmm, mesti pegang cawan
warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn
classmates semua kat seblah...
ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list
dentist appointment.
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik
sebelah. ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.
ni sure korang igt...program minum susu di skolah.
nak galakkan budak2 time
tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...
cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris
panjang warna kuning tu. pukul
tapak tangan...kan?
semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek
kat kantin.
time skolah menengah, korang sure beli kasut
skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china
tu...ada yang suka stoking
tebal laaa...
internet? email? Menda alah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr..
Tiket wayang pun 5 inggit je.
kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,
Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die,
'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum,
KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, 'Ti Kam'.
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la,
Happy Family laa dlm class.
tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.
boleh beli aiskrim ngan apek
kat luar skola tuh...
lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan
keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) mesti kluar awal.
lagi satu yang seronok mase time Pendidikan
Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...
permainan kegemaran, main guli, batu seremban,
penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police &
Sentry', main kejar2 duduk...
kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang
tube aiskrim, ada byk2 color tu.
kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2
die!
lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni
pun kita main dulu ni.
baling2 kapur laa.
hmm...budak2 skarang,
bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu
'We Are the World, We Are the Children...'
dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg
tau,
yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...
bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni,
dan ade satu je Vietnam.
AIDS wujud sejak diorg lahir.
CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu
filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk
sebuah komputer.
Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game &
Watch'.
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...
dan diorg skarang tak reti nak
switch on TV kalau xde remote control.
dan diorg tak paham macam mane kite boleh
survive dkt universiti tanpa
handphone...
hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni,
dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite
dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main
komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah
menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui
telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke
semasa, seronok bile bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite
alami mase dulu time kecik2,
nakal2 dulu...
7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan
terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg.
Sure diorg suke punye
laa...hehehe
Tips Cinta Jarak Jauh
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.
Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?
Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.
Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.
Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.
Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.
Thursday, March 19, 2009
huwa haha.......
Message: Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia
berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua"
is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang
"singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka
abang MAMPUS. tambah "s" je, kan ?
Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya
untuk berkahwin lagi..
berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua"
is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang
"singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka
abang MAMPUS. tambah "s" je, kan ?
Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya
untuk berkahwin lagi..
Thursday, March 12, 2009
EgO dAlAm DiRi
kekadang idup ni kat atas kekadng kat bwh itu la selalu kita dengr, tapi bagi aku sentiasa rasa bernasib baik walaupun masih tiada pasangan teman idup ni aku masih ada kawan2 dan kelurga.
idup aku setiap hari akan bertemu dengan orang yg berbeza, ada juga orng yang sama tapi kebanyakkan nya hanya inginkan keselesaan semua yg dilakukan nak cepat. kalu berkwan tu nak yang ada rupa berharta mungkin dah lumrah manusia mcm tu kot huhuh(aku pun manusia)
macam2 ragam aku jumpa tak kira lelaki @ perempuan lebih kurang je, kekadng nak gak lari dari suasana tu. Ada yang suka ambil kesempatan dengan pelbagai cara kadang2 tu hanya untuk kemewahan, keseronokkan ada gak untuk nama je adoi....
sunyi???? memang ada pada setiap sudut hati semua manusia. Cuba tanya pada dri sndr apa matlamat diri tu? dan kenapa Maha pencipta wujudkan insan d atas muka bumi ni. semua tu pernah di bagi tau. Di sekolah pun ada. Biasa la manusia ni mudah lupa dan lalai dengan apa yang ada d dpn mata, hanya m'lihat realiti semata2
semua ni nasihat untk dr aku sndri. fikirkan dalam2
Thursday, March 5, 2009
sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO
Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN iasemula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanyaketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamudan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa.Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL....
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ".Maka ia terus menjadi.
Wednesday, January 14, 2009
KERAGUAN DARIMU
Kenapa perlu ragu sayang? Apa yang sayang nak b buktikan? Maaf kerana b tidak mampu untuk m’beri kemewahan harta benda buat setakat ini tapi b akan ushakan buat masa sekarang b hanya mampu m’beri kemewahan kasih sayang, ya memang tidak dapat dilihat kemewahan itu dengan mata kasar tapi apabila diteliti ia tidak ternilai. Bukan semua orang boleh dapat itu semua, kasih sayang ini datang dari lubuk hati b sendiri hanya untuk sayang.
Ingat janji sayang pada b? masa kita diatas motor hari tu sayang cakap “hanya dua sebab je kita terpaksa putus b”. Ayat tu sayang ulang tiga kali walaupun bukan pada masa yang sama, walupun kita bersua pada masa yang agak singkat tapi b rasakan kita sudah lama kenal.
Saat perjalanan kita dari rumah sayang b rasa amat berat hati untuk pulang tapi apakan daya hati orang tua perlu dijaga. Mungkin sayang lihat sepanjang perjalanan kita b kelihatan agak murung dalam hati ini bercampur baur. B risau jika b diperlakukan seperti mana saat b mula trn kelembah ini ;(
Tapi saat kita bertemu b dah pun mula kuatkan prasangka b bahawa syg jujr dalam perhubungan kita, “kecewa syg, bila kita tahu perasaan ini hanya di permainkan itu semua dah lepas untuk b”. kehadiran syg m’gubati semua itu, jang biar b bertepuk sebelah tangan, walaupun b ada kekurangan dipadangan mata syg b harap syg dpt terima dengan seadanya tiada siap yg sempurna di atas muka bumi ini dan b akan cuba untuk tutup kekurangan itu.
Hati yang luka bukan senang untuk kita ubati setahun pun belum tentu akan pulih, biar pun aku telah dilukai sejak 4 tahun yg lalu luka itu masa mengalir sehingga la kehadiran seseorang iaitu kamu sayang. Sayang telah mengubati dan menutupi luka yang selama 4 tahun tu, b harap kehadiran sayang bukan hanya seketika tapi buat untuk selamanya dan bukan la satu persinggahan buat sayang.***************
Ingat janji sayang pada b? masa kita diatas motor hari tu sayang cakap “hanya dua sebab je kita terpaksa putus b”. Ayat tu sayang ulang tiga kali walaupun bukan pada masa yang sama, walupun kita bersua pada masa yang agak singkat tapi b rasakan kita sudah lama kenal.
Saat perjalanan kita dari rumah sayang b rasa amat berat hati untuk pulang tapi apakan daya hati orang tua perlu dijaga. Mungkin sayang lihat sepanjang perjalanan kita b kelihatan agak murung dalam hati ini bercampur baur. B risau jika b diperlakukan seperti mana saat b mula trn kelembah ini ;(
Tapi saat kita bertemu b dah pun mula kuatkan prasangka b bahawa syg jujr dalam perhubungan kita, “kecewa syg, bila kita tahu perasaan ini hanya di permainkan itu semua dah lepas untuk b”. kehadiran syg m’gubati semua itu, jang biar b bertepuk sebelah tangan, walaupun b ada kekurangan dipadangan mata syg b harap syg dpt terima dengan seadanya tiada siap yg sempurna di atas muka bumi ini dan b akan cuba untuk tutup kekurangan itu.
Hati yang luka bukan senang untuk kita ubati setahun pun belum tentu akan pulih, biar pun aku telah dilukai sejak 4 tahun yg lalu luka itu masa mengalir sehingga la kehadiran seseorang iaitu kamu sayang. Sayang telah mengubati dan menutupi luka yang selama 4 tahun tu, b harap kehadiran sayang bukan hanya seketika tapi buat untuk selamanya dan bukan la satu persinggahan buat sayang.***************
Risau sangat
Dulu apabila dia kata nak balik ke kg aku tidak begitu risau, tapi kini setelah mendengar cerita bertapa baiknya hubungan” DIA” dengan ahli keluarga dia aku menjadi amat begitu berat hati untuk membenarkan dia pulang.
Kata si dia “DIA” selalu datang bertandang kerumah dia, bertapa akrab perhubungan “DIA” dengan keluarga si dia jika “DIA” sakit keluarga si dia akan datang melawat, perasaan cemburu itu semakin membuak-buak apabila mendengar cerita itu.
Aku ni pendatang baru dalam hidup si dia entah la sama ada si dia dapat menerima aku dengan seadanya. Aku takut akan ditinggalkan dek kerana aku ini kurang bersosial, kurang bercakap dengan orang nak-nak lagi kalau baru kenal.
Apa la respon family dia kalu aku ikut pulang ke kg dia? Hm….. takutnya unutk meniti saat-saat tampa si dia di sisi aku. Aku kini m’hitung hari untuk bersua dengan si dia, tapi bila? Sayang beri la aku waktu untuk menyelami lubuk hati mu dan mengambil hati orang-orang yang penting dalam hidup mu.
Kau telah memberi sinar dalam hidup ku yang baru dan belajar untuk menerima kelemahan diri ini, jangan biarkan aku berjalan bersendirian pimpim la tangan aku untuk selamanya biar pun aku dapat berdiri tapi aku perlu sinar dari mu.
Jika kau tidak dapat memlihat biar aku yang menjadi matamu sayang, jika engkau tidak dapat berjalan biar aku jadi kaki mu sayang, jika jantung mu tidak lagi berdegup aku snaggup berkongsi jantung dengan mu walaupun sepanjang hayatku, kehadiran mu bagai mentari yang m’nerangngi hidup ku hidup ku yang dulu sentiasa mendung.
Adakah aku ini terlalu mengikut perasaan????
“DIA” yang aku maksudkan adalah x si dia
Si dia adalah kekasih hati ku
Subscribe to:
Posts (Atom)