Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, March 19, 2009

huwa haha.......

Message: Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia
berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?


Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua"
is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang
"singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka
abang MAMPUS. tambah "s" je, kan ?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya
untuk berkahwin lagi..

Thursday, March 12, 2009

EgO dAlAm DiRi


kekadang idup ni kat atas kekadng kat bwh itu la selalu kita dengr, tapi bagi aku sentiasa rasa bernasib baik walaupun masih tiada pasangan teman idup ni aku masih ada kawan2 dan kelurga.

idup aku setiap hari akan bertemu dengan orang yg berbeza, ada juga orng yang sama tapi kebanyakkan nya hanya inginkan keselesaan semua yg dilakukan nak cepat. kalu berkwan tu nak yang ada rupa berharta mungkin dah lumrah manusia mcm tu kot huhuh(aku pun manusia)


macam2 ragam aku jumpa tak kira lelaki @ perempuan lebih kurang je, kekadng nak gak lari dari suasana tu. Ada yang suka ambil kesempatan dengan pelbagai cara kadang2 tu hanya untuk kemewahan, keseronokkan ada gak untuk nama je adoi....


sunyi???? memang ada pada setiap sudut hati semua manusia. Cuba tanya pada dri sndr apa matlamat diri tu? dan kenapa Maha pencipta wujudkan insan d atas muka bumi ni. semua tu pernah di bagi tau. Di sekolah pun ada. Biasa la manusia ni mudah lupa dan lalai dengan apa yang ada d dpn mata, hanya m'lihat realiti semata2


semua ni nasihat untk dr aku sndri. fikirkan dalam2

Thursday, March 5, 2009

sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO


Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN iasemula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanyaketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamudan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa.Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL....


Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ".Maka ia terus menjadi.